Sunday, March 4, 2012

Resepi: Bubur Pulut Hitam





Bahan-Bahan (untuk 2-3 orang):
1 cup beras pulut hitam
1 cup santan
50g gula merah
gula pasir
3 helai daun pandan disimpul
Susu

Cara-Cara:
1- Bersihkan beras pulut hitam dan rendam semalaman.
2- Bersihkan beras pulut hitam sekali lagi.
3- Masakkan beras pulut hitam bersama 3 cup air.
4- Bila beras pulut hitam sudah lembut, masukkan santan, diikuti gula merah dan gula pasir. Masukkan juga daun pandan.
5- Kacau sehingga santan masak.
6- Siap untuk dihidangkan.
7- Semasa menghidang, tuangkan sedikit susu untuk menambah rasa lemak.



0 comments:

Post a Comment