Tuesday, March 13, 2012

Resepi: Kek Coklat Kukus Bebop



Resepi asal: Bebop
(Food & Recipe http://mforum.cari.com.my/)

* resipi ini telah diubahsuai kepada setengah adunan.

Bahan-Bahan:

187.5g butter (untuk lebih moist jadikan 150g butter dan 40g minyak)
setengah tin susu cair (guna susu pekat yg dicairkan / susu coklat)
1 cawan gula (kalau guna gula Jepun kena lebihkan gula 0.75 cawan)
2 biji telur - dipukul perlahan
setengah cawan koko
0.5 tsp esen vanilla
1 cawan tepung gandum
0.5 tsp baking powder
0.5 tsp soda bikarbonat

Cara-Cara:
1- Dengan menggunakan api perlahan, cairkan butter bersama susu cair dan gula.
* bila dah sebati, tutup api. Tak perlu masak sampai menggelegak.
2- Ayak tepung + serbuk koko + baking powder + soda bikarbonat.
* kalau malas nak ayak, boleh kacau bahan2 kering ini menggunakan sudu sehingga warna campuran sekata.
3- Bila campuran butter dah suam, masukkan telur. Kacau sekadar bagi rata.
4- Kemudian masukkan bahan2 kering yg di ayak td sedikit demi sedikit.
5- Masukkan esen vanilla. Kacau sehingga rata.
6- Sapu acuan dengan minyak nipis, kemudia letakkan baking sheet pada dasar dan dinding acuan.
7- Masukkan adunan dalam acuan. Tutup acuan dengan aluminium supaya air kukusan tidak masuk dalam adunan.
8- Kukus dengan api sederhana selama 1 jam 30 minit atau hingga masak.

Notes:
- Resipi ni tak perlu menggunakan mixer elektrik. Cukup sekadar whisker menggunakan tangan.
- semasa mengcampur semua bahan dalam adunan, kacau sekadar rata sahaja. Adunan mungkin sedikit berketul, tapi boleh teruskan mengukus.
- Pastikan kek sejuk sebelum keluarkan drpd adunan. Biarkan aluminium di atas acuan supaya mengekalkan kelembapan kek.





0 comments:

Post a Comment