Thursday, March 29, 2012

Resepi: Pizza


Resepi Asal:
Minami133 (minami133@myresipi.com)
http://www.myresipi.com/top/detail/720

Bahan-Bahan:
200 gm tepung roti @ tepung gandum biasa
1 sudu gula
sedikit garam
1 sudu kecil yis
125 ml air
1 sudu butter
1 sudu susu tepung

Cara-Cara:
1- Semua bahan-bahan dicampur dan diuli sehingga sebati. Biar kan selama 45- 60 minit. Tutup doh tersebut dgn kain yg lembab.
2- Canai doh tersebut setebal 0.5 cm. Cucuk dengan garfu keseluruhan doh tersebut. Bakar pada suhu 200 darjah selama 12-15 minit.
3- Keluarkan dari oven. Sapukan sos pizza keseluruh permukaan. Letakkan topping kegemaran diakhiri dengan lapisan cheese.
4- Bakar pada suhu 200 darjah selama 8 minit atau sehingga cheese garing.

Nota: Sos Pizza  = 2 tbsp sos tomato + 2 tbsp sos cili



Tuesday, March 27, 2012

Running Log: 8.4km in 61mins





highest speed: 8.5km/h
calorie burn: 433
time: 61 mins
distance: 8.4km 
average speed: 8.4km/h


*sebab 1-2 minggu lepas kesihatan agak terganggu sikit, maka kuranglah bersenam. Bila kurang bersenam, jd ginilah, cepat beno pancit. Cuba lagi ye!



Resipi: Roti Arab



Resepi asal: 
sofinar (sofinar@myresipi.com)
http://www.myresipi.com/top/detail/3710


Bahan-bahan:
( Untuk 2-3 orang)
1 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar gula
150 ml air suam
3 g yis
250g tpg gandum

Cara-cara
1- mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam
2- tepung di gaul dengan yis
3- Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental
perap selama 1 jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup
4- Uli semula dan buat bulat2 dalam 18 biji
5- Canai nipis lebih kurang 0.4 cm
6- panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.
7- Sedap dimakan bersama kari ayam dan daging

Nota:
1- Boleh juga guna penerap untuk dapat bentuk yg comel.
2- Untuk lebih gebu, sebelum goreng boleh biarkan adunan naik sedikit. Atau masukkan dalam oven, 40 degree celcius selama 10~15 minit.

Resipi: Pau.



Resepi asal: 
Yani (yani@myresipi.com)
http://www.myresipi.com/top/detail/1108

Bahan-Bahan:
( 8 biji )
300g tepung gandum
6g baking powder
2g garam
162g air suam
6g dry yeast
30g gula halus
18g lemak sayur

Cara-cara
1- Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
2- Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
3- Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
4- Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat.
5- Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk.
6- Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik.
7- Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
8- Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
9- Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
10- Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.


Resipi: Kuih Lepat Pisang



Resipi asal: 
ctjuliez (ctjuliez@myresipi.com)
 http://www.myresipi.com/top/detail/2323


Bahan-bahan:
(Untuk 2-3 org )
20 keping daun pisang dipotong segiempat sama
4 biji pisang yg dilenyek halus
70 gm tpg gandum
30 gm tpg jagung
70 gm gula melaka dicincang halus
4 sb pati santan
secubit garam

Cara-cara:
1- layukan daun pisang dlm air panas selama 30 saat.keringkan.
2- pisang yg sudah dilenyek,dicampur dgn tpg gandum,tpg jagung,gula,garam dan pati santan.
3- kalau adunan lembut,tambah tpg gandum skit.sebaliknya,jika keras tambah pati santan lagi.
4- adunan tadi diambil satu sudu besar dan letak atas daun pisang. Bungkuskan.
5- air dlm pengukus biar mendidih dahulu sebelum letak lepat. Kukus 20 minit. Kemudian tambah air dlm pengukus dan kukus lepat selama 10 minit lagi. Sedia untuk dihidang.

Note:
1- Gantikan pati santan dengan 2 tbsp serbuk santan.
2- Next time maybe kena kurangkan tepung kepada 65g. Sebab kuih agak keras sikit.




Friday, March 16, 2012

Resipi: Rich Choc Pudding


Resipi asal:
junjs11 (junjs11@myresipi.com)
http://www.myresipi.com/top/detail/1071

Bahan-bahan:
0.5 cawan serbuk koko
1 cawan gula (gula jepun tambah lagi 0.5 cawan gula)
0.5 cawan susu tepung (atau milo)
0.5 tsp garam
4.24 cawan air
4 tbsp tepung jagung
0.5 tsp esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar-agar (10~11g)

Cara-cara:
1- Campurkan semua bahan dalam periuk kecuali butter. Kacau sampai rata.
2- Panaskan atas api sederhana hingga mendidih sambil terus mengacau.
3- Bila dah mendidih, masukkan butter, kacau hingga pekat.
4- Tutup api dan masukkan dalam acuan. Sejukkan.

Note:
- Sekiranya takut adunan mengeras sementara nak masukkan dalam acuan, boleh kekalkan kepanasan periuk adunan secara double boiling.
- Untuk memudahkan mengeluarkan pudding drpd acuan, basahkan acuan sebelum digunakan.

Tuesday, March 13, 2012

Resepi: Kek Coklat Kukus Bebop



Resepi asal: Bebop
(Food & Recipe http://mforum.cari.com.my/)

* resipi ini telah diubahsuai kepada setengah adunan.

Bahan-Bahan:

187.5g butter (untuk lebih moist jadikan 150g butter dan 40g minyak)
setengah tin susu cair (guna susu pekat yg dicairkan / susu coklat)
1 cawan gula (kalau guna gula Jepun kena lebihkan gula 0.75 cawan)
2 biji telur - dipukul perlahan
setengah cawan koko
0.5 tsp esen vanilla
1 cawan tepung gandum
0.5 tsp baking powder
0.5 tsp soda bikarbonat

Cara-Cara:
1- Dengan menggunakan api perlahan, cairkan butter bersama susu cair dan gula.
* bila dah sebati, tutup api. Tak perlu masak sampai menggelegak.
2- Ayak tepung + serbuk koko + baking powder + soda bikarbonat.
* kalau malas nak ayak, boleh kacau bahan2 kering ini menggunakan sudu sehingga warna campuran sekata.
3- Bila campuran butter dah suam, masukkan telur. Kacau sekadar bagi rata.
4- Kemudian masukkan bahan2 kering yg di ayak td sedikit demi sedikit.
5- Masukkan esen vanilla. Kacau sehingga rata.
6- Sapu acuan dengan minyak nipis, kemudia letakkan baking sheet pada dasar dan dinding acuan.
7- Masukkan adunan dalam acuan. Tutup acuan dengan aluminium supaya air kukusan tidak masuk dalam adunan.
8- Kukus dengan api sederhana selama 1 jam 30 minit atau hingga masak.

Notes:
- Resipi ni tak perlu menggunakan mixer elektrik. Cukup sekadar whisker menggunakan tangan.
- semasa mengcampur semua bahan dalam adunan, kacau sekadar rata sahaja. Adunan mungkin sedikit berketul, tapi boleh teruskan mengukus.
- Pastikan kek sejuk sebelum keluarkan drpd adunan. Biarkan aluminium di atas acuan supaya mengekalkan kelembapan kek.





Running Log: 6.4km in 46mins





highest speed: 8.5km/h
calorie burn: 335
time: 46 mins 
distance: 6.4km 
average speed: 8.31km/h



Saturday, March 10, 2012

Resepi: Puding Jagung Kastad



Resipi asal : F&N (F&N@myresipi.com)
http://www.myresipi.com/top/detail/138

*Resepi ini telah diubahsuai kepada setengah adunan.

Bahan-Bahan:
(Untuk 2 orang makan)
0.5 cup tepung
0.5 cup jagung manis (diblend sikit)
0.5 cup gula (kena adjust ikut citarasa)
300ml air
150ml susu

Cara-Cara:
1- Campurkan semua bahan dalam periuk. Kacau rata.
2- Kemudian panaskan atas api sederhana, teruskan mengacau guna sudu.
3- Bila adunan mulai pekat, kecilkan api, teruskan mengacau sampai adunan berkilat dan jernih.
4- Tutup api. Tuangkan adunan dalam acuan. Sejukkan.



Resepi: Kuah @ Sos Yong Tau Fu





Resepi asal: minami123
http://www.myresipi.com/top/detail/632

*Resipi ini telah diubah suai ikut citarasa sendiri

Bahan-Bahan:
300ml air
Gula melaka
2-3 sudu cili blend
4cm belacan (tambah jika tak cukup rasa)
2 tbsp kicap pekat
1.5 tbsp tepung jagung di larut dlm 50ml air
Bijan goreng
setengah kiub ikan bilis

Cara-Cara:
1- Rebus gula melaka dan air sampai cair.
2- Masukkan cili blend dan belacan, rebus sampai mendidih dan kuah agak pekat sedikit.
3- Masukkan kicap pekat, larutan tepung jagung dan kiub ikan bilis, gaul sehingga sebati.
4- Tambahkan garam.
5- Taburkan bijan goreng.

P/S: Untuk sup rebusan, rebus air setengah periuk bersama 1 kiub pati ikan bilis dan garam.



Thursday, March 8, 2012

Running Log: 10.2km in 74 min 34 sec

highest speed: 8.8km/h
calorie burn: 532
time: 74 min 34 sec
distance: 10.2km 
average speed: 8.29 km/h

Tuesday, March 6, 2012

Resipi: Nasi Arab Perantau





Bahan-bahan:
1 cup beras
2 tbsp olive oil (guna butter lg sedap)
2 biji bawang putih - blender
0.5 biji bawang besar - blender
2cm halia - blender
setengah biji tomato - blender asing drpd bawang dan halia
ayam secukupnya
setengah batang carrot di hiris panjang2 halus2
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
1 biji bunga cengkih
1 tbsp rempah nasi arab.
garam, gula secukupnya

Cara-Cara:
1- Bersihkan beras dan toskan.
2- Panaskan olive oil, tumis bawang putih + bawang besar + halia + buah pelaga + bunga cengkih + kayu manis.
3- Bila dah naik bau, masukkan tomato yang telah diblender. Gaulkan sekejap. Boleh tambah sedikit sos tomato. Masukkan sekali rempah nasi arab dan gaul rata.
4- Masukkan pula ayam, masak separuh hingga ayam separuh empuk.
5- Tambah garam gula secukupnya.
6- Tutup api. Letakkan bahan tumisan dalam periuk nasi termasuk dengan ayam. Masukkan beras. Tambah air secukupnya. Masak nasi seperti biasa menggunakan periuk elektrik.
7- Siap untuk dihidang.




Resipi: Nasi Arab (Full Version)



* Menggunakan Rempah Nasi Arab (Kabsah) Citra Klasik.
www.citraklasik.com


Bahan A:
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
10g halia
20g rempah kabsah Citra Klasik
10 ketul paha ayam
setengah biji buah lemon
rempah tumis 4 sekawan
50g minyak sapi
50g minyak masak
1 biji tomato - di blender
1 btg carrot parut memanjang

Bahan B:
1kg beras basmati
1200ml air
1 tbsp garam + 1 tsp gula
setengah cawan daun ketumbar/pudina

Cara-Cara:
1- Tumis bawang, halia & 4 sekawan hingga garing.
2- Masukkan bahan2 A yang lain, masak hingga ayam separuh empuk.
3- Masukkan bahan B dan masak nasi seperti biasa.


Monday, March 5, 2012

Resipi: Donut Pancake Renji



# Microwave dalam bahasa jepun adalah Renji.
V(^_^)

Bahan-Bahan:
(Untuk 4 biji, ikut jenis acuan)

80g tepung hot pancake segera (apa-apa brand pun takpe)
30g butter
25g gula (sesuaikan ikut citarasa masing-masing)
1 biji telur
70ml air / susu

Cara-Cara:
1- Cairkan butter menggunakan microwave. (Set power kepada HIGH selama 30 saat)
2- Keluarkan butter daripada microwave, masukkan gula serta susu/ air dan kacau sebati.
3- Masukkan tepung hot pancake. Gaul-gaulkan sampai agak rata.
4- Masukkan telur, gaul sampai adunan tak beketul.
5- Sapukan acuan dengan sedikit minyak, tuangkan acuan 3/4 penuh.
6- Masukkan dalam microwave, set power kepada HIGH selama 2 minit 10 saat. (Ikut kepada microwave masing-masing. kalau tak masak lagi, tambah 1 minit sehingga masak).
7- Untuk finishing permukaan luar yang agak garing, gunakan menu toaster dan toast sebentar (5 minit)
8- Siap!!


Sunday, March 4, 2012

Running Log: 7.9km in 55 mins 53 sec




Summary work out:
* 2 mins brisk walk
* 5 mins running at 8km/h
* 3 mins running at 8.5km/h
* 20 mins running at 9km/h
* 25 mins running at 8.5km/h
* 53 sec brisk walk

highest speed: 9km/h
calorie burn: 410
time: 55mins 53 sec mins
distance: 7.9km 
average speed: 8.6km/h



Resepi: Nasi Tomato


Bahan-Bahan (Untuk 2 orang makan)
1 cup beras (guna basmathi lagi sedap) - dibersihkan dan ditos
0.5 cup susu
2 biji bawang putih - dikisar
suku biji bawang besar - dikisar
setengah inchi halia - dikisar
setengah biji tomato - dikisar asing drpd bawang dan halia
setengah biji tomato - hiris
2 tbsp sos tomato
2 sudu olive oil (boleh gantikan dengan butter)
1 batang kayu manis - optional
3 biji buah pelaga - optional
1 biji bunga cengkih - optional
3 tangkai pandan - disimpul

Cara-Cara:
1- Panaskan olive oil, tumis bawang putih, bawang besar, halia, kayu manis, buah pelaga dan cengkih.
2- Bila dah naik bau dan agak garing, tuangkan tomato dan sos tomato.
3- Masukkan beras. Gaul rata.
4- Tutup api, masukkan beras dalam periuk nasi. Tambah susu dan air secukupnya.
5- Masukkan garam secukup rasa. Masukkan juga daun pandan dalam periuk.
6- Tekan butang on dan tunggu sehingga masak.

P/S: Sedap dimakan dengan ayam masak tomato dan acar.


Resepi: Puding Kastad Berkuah



Bahan-Bahan:
(Untuk 2-3 orang makan)

Untuk Puding:
2 cup air
2.5 tbsp tepung kastad
gula

Untuk Kuah:
1.5 cup susu
1.5 cup air
1 tbsp tepung kastad
1 tin buah-buah campuran
gula

Cara-cara:
1- Letakkan semua bahan-bahan untuk kuah ke dalam periuk. Kacaukan dengan sudu sampai tepung kastad sekata (tidak berketul-ketul). Sesuaikan rasa manisnya.
2- Kemudiannya panaskan atas api sederhana sambil dikacau dengan sudu. Bila adunan mula likat, perlahankan api dan kacau hingga adunan kilat.
3- Adunan puding sedia untuk dituang ke dalam acuan. Untuk sekatakan permukaan, ketuk acuan di atas permukaan keras sampai permukaan puding seakan-akan rata.
4- Untuk kuah pula, campurkan susu, air dan tepung kastad dalam periuk. Kacaukan dengan sudu sampai tepung tak berketul. Panaskan atas api hingga susu dan tepung masak.
5- Sejukkan kuah.
6- Bila kuah dah sejuk, masukkan buah-buahan campuran bersama air gula.
7- Tambah gula jika perlu. Sedia untuk dihidang.

P/S: Nisbah tepung untuk puding an air adalah 1:5. Kalau sukakan puding yang tak terlalu lembut, jadikan 1:4.
P/S: Untuk memudahkan mengeluarkan puding drpd acuan, rendam sekejap acuan dalam air. Kemudian toskan acuan dan susun. Sedia untuk dituang dengan adunan yang dah masak. (Pastikan acuan tak kering).


Resepi: Bubur Pulut Hitam





Bahan-Bahan (untuk 2-3 orang):
1 cup beras pulut hitam
1 cup santan
50g gula merah
gula pasir
3 helai daun pandan disimpul
Susu

Cara-Cara:
1- Bersihkan beras pulut hitam dan rendam semalaman.
2- Bersihkan beras pulut hitam sekali lagi.
3- Masakkan beras pulut hitam bersama 3 cup air.
4- Bila beras pulut hitam sudah lembut, masukkan santan, diikuti gula merah dan gula pasir. Masukkan juga daun pandan.
5- Kacau sehingga santan masak.
6- Siap untuk dihidangkan.
7- Semasa menghidang, tuangkan sedikit susu untuk menambah rasa lemak.