Thursday, February 16, 2012
Resipi: Sayur Hourenso with Oyster Sauce
Bahan-Bahan:
4-5 batang sayur hourenso (Japanese Spinach) (Bersihkan dan potong akarnya sahaja)
1 batang carrot (dihiris panjang-panjang)
1 biji bawang putih
sedikit bawang merah
2 tbsp oyster sauce
2 tbsp kicap
0.5 tbsp tepung jagung dilarutkan dalam 0.5 cup air.
Cara-Cara:
1- Panaskan air dalam periuk. Susun sayur hourenso di atas bekas penyejat (tapis minyak pun boleh). Bila air dah menggelegak, masukkan sayur dalam periuk. Bila daun mulai lembut, angkat bahagian daun dan rendamkan batangnya sahaja sampai lembut).
2- Angkat sayur hourenso dan bilas dengan air sejuk. Toskan.
3- Rebus carrot pula sampai masak. (jangan sampai empuk sangat). Angkat dan bilas dengan air sejuk. Toskan.
4- Susun sayur hourensu dan carrot yang telah direbus ke dalam pinggan.
5- Untuk kuah, tumis bawang putih + bawang merah sampai naik bau.
6- Masukkan oyster sauce dan kicap. Bila oyster sauce dan kicap dah masak, masukkan larutan tepung jagung.
7- Masak sekejap. Tutup api dan curahkan kuah di atas sayur. Hiaskan dengan bawang goreng.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment