Thursday, February 16, 2012

Resipi: Daging Masak Merah


Bahan-Bahan:
Daging lembu (dihiris dan direbus dengan pewarna merah sampai empuk)
2 biji bawang putih (diketuk sampai pecah)
1 cm halia
3 biji cili padi
setengah biji bawang besar (hiris tebal2)
2 tbsp sos oyster
sos tomato
sos cili
daun sup (dihiris kasar2. Asingkan bahagian batang dan daun)
carrot
capsicum
garam

Cara-cara:
1- Tumis bawang putih + bawang besar + halia sampai naik bau.
2- Masukkan sos oyster + sos tomato + sos cili. Sos tomato dan sos cili boleh dimasukkan ikut citarasa masing-masing.
3- Masukkan sedikit air rebusan daging untuk kuah. (Jangan banyak sangat). Kemudian masukkan carrot.
4- Masukkan daging yang telah direbus. (Daging sahaja)
5- Bila carrot dah agak lembut, masukkan camsicum dan daun sup yang bahagian batang sahaja.
6- Apabila semua sayuran dah masak, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
7- Hiasakan dengan daun sup selebihnya.



0 comments:

Post a Comment