Wednesday, February 29, 2012

Running Log: 6.4km in 46 mins

Di atas consideration untuk menambah frequency bersenam 3x seminggu, jadi kiter cuba untuk kurangkan masa berlari supaya badan cepat recover daripada kepenatan.

Sebab nak challenge kemampuan diri punya pasal, arini kiter try pegi sampai 9km/h.
Walaupun agak kelam kabut nak seimbangkan pernafasan + kepenatan + memotivasi diri, Alhamdullilah kiter can make it sampai 20 mins.

So try untuk 2-3 minggu n tengok cemana.



Summary work out:
* 2.5 mins brisk walk
* 5 mins running at 8km/h
* 2.5 mins running at 8.5km/h
* 20 mins running at 9km/h
* 14 mins running at 8.5km/h
* 2 mins slow down running + brisk walk

highest speed: 9km/h
calorie burn: 332
time: 46 mins
distance: 6.4km







Monday, February 27, 2012

Running Log: 10.3km in 77 mins 30 sec

This is really crazy.
Semangat berlari ni dapat masa lepas tengok Tokyo Marathon Ahad lepas.
Tengok je dah rasa seronok.
Tapi kalau kiter yg berlari, rasanya masa tu dah kat border samada hidup atau pengsan.
Sebab tak pernah try, at least once in a life time kena try lah kan.
Dah alang2 kat Japan ni, of coz Tokyo Marathon ada dalam a-must-to-do-list.



Summary work out:
* 2.5 mins brisk walk
* 72 mins running at 8.2km/h
* 3 mins brisk walk

highest speed: 8.2km/h
calorie burn: 535
time: 77 mins 30 sec
distance: 10.4km


p/s: Baru dapat status amatur runner. From what i read, for a marathon preparation training, we should run for about 26 km. Emmm... (!)



Saturday, February 25, 2012

Family Event: The Born Of Uthman Naufal Bin Azhar Bin Jamal

Congratz to both of my brother & wifey for the new born baby.
Kesian Kak Tuty coz trying for normal tp sudahnya end up for ceaser.
Semoga setiap keperitan tu dikurniakan pahala dan diampunkan dosa seperti yang dijanjikan oleh Nya.
Welcome to the world baby Oman!
Semoga menjadi anak yang soleh. =)
Kiter tak sabar nak balik Malaysia lah kalau camni.




Friday, February 24, 2012

Running Log: 9.1km in 71 mins

Getting extra for time.
Kenapa?
Mestilah sebab sejam tu kiter rasa tak cukup. =)

Giler seronok tengok kat TV asyik cerita pasal Tokyo Marathon.
Dah macam phenomena pulak kat sini, sampai kiter pun naik high tengok bangumi kat TV cemana dia train from org biasa kepada marathon runner.
Hebat! Kiter envy sangat2!




Summary work out:
* 2.5 mins brisk walk
* 66 mins running at 8km/h
* 2.5mins brisk walk

highest speed: 8km/h
calorie burn: 474
time: 71 mins
distance: 9.1km



Monday, February 20, 2012

Running Log: 8.9km 68mins


Sepatutnya work out 3 kali seminggu.. Tapi tatau kenapa dah jadi 2 kali seminggu plak ni..
By the way, lepas melantak sakan weekend aritu, marilah kita work out..
Breakfast makan bubur sayur dengan harapan dapat mengumpul tenaga..

By the way, on the 1st 30 mins, masa tengah gigih memotivasi diri untuk pergi 30 minit lg, tetiba mesin shut down.. Abes semua data hilang...
Bukan pasal rosak, tapi tangan ni tetiba gatal pi usik button emergency stop..
Bongok apa kah kiter ni arini..

1st session summary: 
(tak dapat nak capture gambar)
Highest speed = 9km/h
Calorie = ~200
Time = 28 mins
Distance = 3.8km
(kiter cuber pergi 9km/h seminit dua, tapi pancitlah..)

2nd session summary:
Highest speed = 8km/h
Calorie = 265
Time = 40 mins
Distance = 5.1km



Summary:
*2.5 mins brisk walk
*26 mins running at 8km/h (combination 9km/h & 8.5km/h)
(machine emergency shut down)
*37.5 mins running at 8km/h
*2.5 mins brisk walk

Highest speed = 9km/h
Calorie = 465
Time = 68 mins
Distance = 8.9km


Saturday, February 18, 2012

Resipi: Roti Jala





Bahan-Bahan: (Untuk 2 oranng)
1 cawan tepung
1 cawan air atau santan atau susu segar
1 biji telur
25ml minyak masak
sedikit garam
sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit.

Cara-cara:
1- Blend semua bahan2. Biarkan selama sejam.
2- Masukkan dalam acuan dan mulakan  mengirai roti jala menggunakan flat pan. Guna api perlahan.



Thursday, February 16, 2012

Resipi: Kuih Seri Ayu @ Puteri Ayu



Resipi asal: Rohaya1710 (http://myresipi.com/top/detail/11624)
(Resipi ini telah diubah suai untuk kegunaan sendiri)


Bahan-Bahan:
2 biji telur
1 cawan gula (gula jepun kena lebihkan 1/3 cawan lagi)
1 tsp ovallate
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 tsp essence pandan (guna daun pandan lg best)
Pewarna hijau
Kelapa kering + sedikit garam + 0.5 cawan santan + 1 tbsp tepung ubi (digaul rata)

Cara-Cara:
1- Pukul telur sampai betul-betul kembang.
2- Masukkan gula, pukul lagi sampai kembang.
3- Masukkan ovallate, pukul sampai ovallate rata dan tak berketul-ketul.
4- Masukkan tepung + santan + essence pandan + pewarna, pukul sampai rata.
5- Sapukan acuan dengan minyak menggunakan berus. (Untuk memudahkan keluarkan kuih drpd acuan)
6- Letakkan 3/4 tbsp kelapa yg dah digaul dengan garam, santan dan tepung ubi, mampat-mampatkan.
7- Masukkan adunan tepung lebih sikit drpd 3/4 acuan.
8- Kukus dalam 7-10 minit.

p/s: Acuan Seri Ayu ni actually guna acuan donut. Available kat Seiyu. 500 Yen desu.




Resipi: Sayur Hourenso with Oyster Sauce





Bahan-Bahan:
4-5 batang sayur hourenso (Japanese Spinach) (Bersihkan dan potong akarnya sahaja)
1 batang carrot (dihiris panjang-panjang)
1 biji bawang putih
sedikit bawang merah
2 tbsp oyster sauce
2 tbsp kicap
0.5 tbsp tepung jagung dilarutkan dalam 0.5 cup air.

Cara-Cara:
1- Panaskan air dalam periuk. Susun sayur hourenso di atas bekas penyejat (tapis minyak pun boleh). Bila air dah menggelegak, masukkan sayur dalam periuk. Bila daun mulai lembut, angkat bahagian daun dan rendamkan batangnya sahaja sampai lembut).
2- Angkat sayur hourenso dan bilas dengan air sejuk. Toskan.
3- Rebus carrot pula sampai masak. (jangan sampai empuk sangat). Angkat dan bilas dengan air sejuk. Toskan.
4- Susun sayur hourensu dan carrot yang telah direbus ke dalam pinggan.
5- Untuk kuah, tumis bawang putih + bawang merah sampai naik bau.
6- Masukkan oyster sauce dan kicap. Bila oyster sauce dan kicap dah masak, masukkan larutan tepung jagung.
7- Masak sekejap. Tutup api dan curahkan kuah di atas sayur. Hiaskan dengan bawang goreng.


Resipi: Daging Masak Merah


Bahan-Bahan:
Daging lembu (dihiris dan direbus dengan pewarna merah sampai empuk)
2 biji bawang putih (diketuk sampai pecah)
1 cm halia
3 biji cili padi
setengah biji bawang besar (hiris tebal2)
2 tbsp sos oyster
sos tomato
sos cili
daun sup (dihiris kasar2. Asingkan bahagian batang dan daun)
carrot
capsicum
garam

Cara-cara:
1- Tumis bawang putih + bawang besar + halia sampai naik bau.
2- Masukkan sos oyster + sos tomato + sos cili. Sos tomato dan sos cili boleh dimasukkan ikut citarasa masing-masing.
3- Masukkan sedikit air rebusan daging untuk kuah. (Jangan banyak sangat). Kemudian masukkan carrot.
4- Masukkan daging yang telah direbus. (Daging sahaja)
5- Bila carrot dah agak lembut, masukkan camsicum dan daun sup yang bahagian batang sahaja.
6- Apabila semua sayuran dah masak, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
7- Hiasakan dengan daun sup selebihnya.



Wednesday, February 15, 2012

Running Log: 8.4km in 66mins



Another work out of the week..
Arini breakfast makan mee siput sekeping je, so about to pancit jugak..
Music iringan pun nan hado.. (?_?)
Btw, still can maintain the speed & the time.
Ok la kot..

Summary work out:
* 2.5 mins brisk walk
* 60 mins running at 8km/h
* 3.5mins brisk walk

highest speed: 8km/h
calorie burn: 436
time: 66 mins
distance: 8.4km


Tuesday, February 14, 2012

Running Log: 8.3km in 64 min 47 sec

This is my run log for Valentines Day:
* 2.5min warming up via brisk walk
* 60 mins jogging at 8kmh
* 2.5mins warming down with brisk walk.

Calorie burns = 432
Time = 64 mins 47 sec
Distance = 8.3km

Love the achievement..
More km to go.. less timer to reduce.
Eh boleh ke?
Ni pun macam setengah mati...




Monday, February 13, 2012

Resipi: Kuih Ketayap





Bahan-bahan lempeng ketayap:
1 cawan tepung gandum
1.5 cawan susu / santan
1 tsp garam
2 helai daun pandan / 1tsp pandan essence
2 biji telur
Pewarna hijau


Bahan-bahan inti:
Kelapa parut kering
1 ketul Gula melaka
0.5 cawan gula pasir
2 daun pandan (disimpul)

Cara-Cara:
1- Untuk inti, cairkan gula pasir dan gula melaka dengan sedikit air dan daun pandan. Kemudian masukkan kelapa kering dan gaul hingga sekata.  Tutup api dan sejukkan.(Jangan gaul sampai kering sangat nanti bila dah sejuk inti mengeras macam candy kelapa.)
2- Untuk lempeng, daun pandan dan santan diblender sampai hancur, dan tapiskan.
3- Campurkan semua bahan dan blend sampai sebati dan tidak berketul. Rehatkan selama 1 jam.
4- Masak atas non-stick frying pan guna api kecil.
5- Bila dah masak, angkat dan terus letak inti dan gulung.



Sunday, February 12, 2012

Resepi: Chicken Grill





Bahan-Bahan:
4-5 ketul ayam
3-4 ketul kentang (potong wedges / 4)

Bahan-bahan marinade:
3 tbsp sos tomato
1 tbsp sos tiram
1 tbsp kicap pekat
1.5 tbsp madu
1 paket S&B steak seasoning
1.5 tsp garam
1 tbsp lada blender

Cara-Cara:
1- Basuh ayam dan toskan.
2- Bahan-bahan lain digaul hingga sekata. Sesuaikan rasa dengan garam dan gula.
3- Ambil sebahagian bahan marinade, gaulkan dengan ayam. Biarkan seketika. (at least 30 minit, lg lama lagi bagus).
4- Letakkan ayam dalam pinggan, cover kan permukaan ayam dengan wax paper.
5- Bakar dengan microwave, HIGH 5 minit bagi setiap side.
6- Keluarkan ayam drpd microwave, sapu sos marinade atas ayam dan bakar hingga garing.
7- Untuk kentang, letak kentang dalam bekas microwave.
6- Gaulkan 1-2 tbsp sos marinade dalam kentang. Tutup bekas rapat2.
8- Masak menggunakan microwave, HIGH 10 minit atau sehingga kentang empuk.


Weekend: Road Trip Gyotoku - Kisarazu - Tokyo Bay Aqualine - Yokohama


Last saturday Encik Suami takde kat rumah sebab kena outstation ke Hiroshima. Dah malam baru la dia sampai. Jadi hari Ahad kami decide nak jalan2. Ni idea Encik Suami la. Sebenarnya jalan-jalan tanpa arah tujuan. So lepas quick lunch dan Zohor, kami pun gerak la naik kereta drive slow2 sambil tengok alam. Daripada Gyotoku, lintas Funabashi, lintas Makuhari Messe, lalu kat Chiba finally sampai lah ke Kisarazu.



Masa on the way nak ke Kisarazu tu, kiter macam pelik apasal ramai sangat orang park tepi jalan & standby tripod kat tepi railway. Dah balik rumah, check kat internet baru tau ada Keretapi Wap nak lalu. New route pergi ke Kisarazu. So kalau tau kiter join sekali tengok keretapi tuh. Susah kot nak jumpa sekarang ni.

Uchibo 100th Anniversary Rapid SL

Bila dah sampai kat Kisarazu, sempat la melintas kat depan Sony Kisarazu. Sony Kisarazu ni tempat colleage2 lama bermain nih. Macam kiter tak pernah ada peluang datang ke sini atas urusan bisnes trip. Selalu apa2 job pun, done kat KL je sambil dimonitor oleh senpai2 kat Nihon ni. Dulu2 bila tengok kawan2 dapat gi Japan, rasa macam best & menanti2 bila peluang kite. Tapi sekarang kiter dah faham sangat kenapa kawan2 kiter selalu tak suka kalau kena gi Kisarazu ni. Kampung sangat. Bila sampai kat Kisarazu tu, kiter teringatkan Klang. Non-public-transportation-friendly. Tapi patutlah kawan2 kiter dulu kalo balik duit berkepuk2 dalam poket. Kiter ada jugak snap gambar Sony Kisarazu ni. Sony Kisarazu ni lebih kepada production. Tapi bila deal to design related, kebanyakkannya kat Sony HQ kat Shinagawa tu.

Kami stop by kat park tepi bay tu. Park tu macam menarik. sebab diorang ada buat View Tower ala-ala maze. Penat jugak panjat sampai atas tu. Pastu pantai dia pun best gak la. Sebab kiter tak pernah tgk pantai yg penuh dengan shell. Kat Malaysia takde nak jumpa pantai camni. Rasa geram je nak amik sikit bawak balik. Tapi tak ambil pun.



Lepas daripada situ, kami pun terus naik highway menuju ke Tokyo Bay Aqualine. Bila jumpa tol terus terkejut pasal kena bayar tol 3700 Yen. Bila usha ETC line (ETC ni ala2 SmartTag), tol dorang lagi murah dalam 1500 Yen macam tu. Tokyo Bay Aqualine ni adalah highway yang dibina merentas Tokyo Bay daripada Kisarazu ke Yokohama. So boleh jimat banyak masa sebab tak payah nak ikut jalan darat, jauh nak kena pusing. Tokyo Bay Aqualine ni separuh jalan merentas teluk tu naik jambatan, & separuh jalan lagi lalu terowong bawah laut. Dibina lebih 20 tahun dulu. Canggih kan teknologi architecture manusia2 Jepun di zaman itu? In between jambatan dan terowong bawah laut tu, ada R&R yang cambest yang kami sempat singgah.

R&R tu bertingkat2. Kebetulan sampai2 tu matahari ngam2 tengah sunset. So lepas parking terus cepat2 naik atas sebab nak tengok matahari sunset. Menarik sebab bila sunset rasa macam laju je matahari tu turun. Di tambah rasa menarik tu, Fuji-san pun tumpang glemer.



Lepas tu pusing2 la kat dalam tu. Sekali jumpa Meron Pan. Meron pan ni adalah roti yang di topping dengan cookies aka salutan biskut nipis kat atasnya. Actually boleh je dapat kat mana2 kombini. Tapi masa sampai tu kebetulan chef dorg baru letak roti yang fresh drpd oven. Yummy! Rembat jugak Meron Pan perisa apple ni sbb presentation yg agak menarik. (macam buah epal siap ada daun lagi)

Bila dah puas dating kat R&R tu, terus merempit pergi Yokohama. Actually nak tumpang lalu aje. Tapi since Encik Suami introduce kedai Udon sedap, so paksa dia bawak jugak ke situ. Kedai tu ada kat dalam Teressa Yokohama Mall. Sedap jugak udon tu. Tapi kiter makan tak abes pun pasal perut dah penuh dengan Meron Pan. Siap rasa nak muntah sbb kekenyangan sangat.



Lepas dah hilang rasa muak, trus berangkat pulang. Singgah office Encik Suami kat Kudanshita antar barang. Malam tu kiter tido lena sebab penat sangat2.


Thursday, February 9, 2012

Running Log: 5.6km in 45 mins



Running Log Summary:
Calorie burns = 292
Times = 45:00
Distance = 5.6km
Average speed = 7.5km/h


Monday, February 6, 2012

Running Log: 8.1km in 65 mins 1 sec



Running Log Summary:
Calorie burns = 419
Times = 65:01
Distance = 8.1km
Average speed = 7.5km/h


Saturday, February 4, 2012

Resepi: Kuih Koci Labu





Bahan-bahan pastri:
150g labu (rebus sampai empuk)
150g tepung pulut.

Bahan-bahan inti:
1 ketul gula melaka
0.5 cup gula pasir
kelapa kering secukupnya
2 helai daun pandan (disimpul)

Bahan-bahan dadih:
3 cawan santan
2 sudu tepung beras
1 tsp garam

Bahan-bahan lain:
Daun pisang (potong 10" x 10") - dibersihkan dan disalai sampai lembut.

Cara-cara:
1- Untuk pastri, labu dilenyek sampai hancur. Kemudian digaulkan dengan tepung pulut. Tambah air jika perlu. Uli sampai jadi bulat dan tepung tak melekat kat tangan.
2- Untuk inti, cairkan gula pasir dan gula melaka dengan sedikit air dan daun pandan. Kemudian masukkan kelapa kering dan gaul hingga sekata.  Tutup api dan sejukkan.(Jangan gaul sampai kering sangat nanti bila dah sejuk inti mengeras macam candy kelapa.)
3- Untuk dadih: gaulkan semua bahan, kemudian panas atas api perlahan sehingga pekat.
4- Uli pastri, letak inti kelapa ditengah2 dan bulat2kan.
5- Rebus dengan air panas hingga terapung.
6- Angkat dan rendam dalam dadih santan.
7- Untuk membungkus, ambil seketul kuih koci, letakkan dadih sesudu dan bungkus dengan daun pisang.


Resipi: Ayam Kari Microwave

Bahan-bahan:
200g Ayam boneless (potong-potong)
1 tsp garlic
1 tbsp onion
1 tbsp lada blend
2 tbsp sos tomato
0.5tsp serbuk kunyit
100ml susu + 100ml air
1 tbsp serbuk kari
1-2 tangkai daun kari

Cara-cara:
1- Lepas ayam dibasuh bersih2, masukkan dalam bekas microwave.
2- Campurkan semua bahan2 dan gaul2 kan.
3- Tutupkan bekas rapat2.
4- Masak dalam microwave selama 10 minit 600W.


Thursday, February 2, 2012

Resepi: Ayam Tomato Microwave





Bahan-Bahan:
1 tsp bawang putih
1 tbsp bawang merah
1 tbsp cili kisar
3 tbsp sos tomato
0.5 tbsp gula }
Garam secukup rasa
150g ayam (potong ikut suka) 
1 tbsp kicap
 Kacang Peas (optional)


Cara-Cara
1- Ayam yang dah dipotong, digaulkan dengan kicap dan diperap sekejap (5-10 minit).
2- Gaulkan ayam dengan campuran bawang putih, bawang merah, cili kisar, dan sos tomato.
3- Perasakan garam dan gula secukupnya.
4- Taburkan kacang peas.
5- Tutup bekas dengan plastic wrap dan cucuk2 dgn garpu supaya berlubang2 sedikit.
6- Masak dalam microwave, 600W selama 10 minit.