Hidangan untuk 2~3 orang.
Bahan-Bahan Untuk Kuah:
2 tbsp minyak
2 biji bawang putih (ditumbuk)
0.2 biji bawang besar (ditumbuk)
1 inch halia (ditumbuk)
besar
rempah sup/sup bunjut / 1 pcs kiub ayam knorr
0.5 tbsp rempah kurma
Ayam potong besar-besar (kuantiti ikut suka)
Garam, gula secukupnya
Black Pepper
2-3 sudu bawang goreng
Daun Sup
Bahan-Bahan untuk Ayam Goreng Siat
Serbuk kunyit secukupnya
2 tbsp tepung jagung
Garam secukupnya
Bahan-bahan untuk Sambal Kicap
3-4 biji cili padi
1 biji bawang putih
1.5 tbsp kicap
Garam + Gula secukupnya
Pelengkap hidangan:
Daun Sup
Bawang Goreng
Suun Goreng
Begedil (lihat resepi begedil)
Sambal kicap
Kacang Goreng
Ayam goreng siat.
Cara-Cara untuk Kuah:
1- Panaskan minyak. Tumis bawang putih + bawang besar + halia sehingga naik bau dan sedikit garing.
2- Masukkan ayam dan gaul2kan sehingga setengah masak.
3- Masukkan 500ml air masak sampai air menggelegak.
4- Masukkan pula rempah sup / kiub ayam + rempah kurma.
5- Masukkan garam + gula + black pepper sucukupnya.
6- Keluarkan ayam untuk dijadikan ayam goreng, dan ketepikan.
7- Bila kuah dah masak, taburkan daun bawang dan bawang goreng.
8- Siap untuk dihidangkan.
Cara-Cara untuk Ayam Goreng Siat.
1- Toskan ayam.
2- Gaulkan bersama kunyit dan sedikit garam.
3- Taburkan tepung jagung secara sekata ke seluruh ayam. Gaul2kan lagi.
4- Goreng sehingga garing keemasan.
5- Angkat ayam dan toskan.
6- Bila ayam dah sejuk, boleh la siat2kan.
Cara-Cara untuk Sambal Kicap.
1- Tumbuk bawang putih + cili padi hingga lumat.
2- Campurkan dengan kicap.
3- Perasakan dengan garam + gula.
0 comments:
Post a Comment